Tuesday, December 14, 2010

Cara Memikat Suami

  1. Pernahkah Anda dipanggil suami ketika Anda memasak? Anda wajib memenuhi panggilannya. Jika perlu, segera matikan api dan tunaikan permintaannya.
  2. Lelaki gemar diberi perhatian akan hal-hal yang remeh yang berkaitan dengan dirinya. Dia akan senang bila istrinya mengenakan kancing bajunya, mengelap sepatunya, memotong kukunya, dan sebagaiya. Sabda Rasulullah SAW, "Ya Fathimah, barangsiapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya, maka Allah akan memberikan minuman air dari sungai-sungai di surga, diringankan baginya sakaratul maut, kuburnya akan didapati menjadi taman surga, Allah akan mencatatkannya bebas dari api neraka, dan selamat titian shirat".
  3. Kebanyakan lelaki cukup cerewet dengan kebersihan. Mereka akan bosan apabila isterinya menyambutnya dengan rupa yang semrawut, kusut, dan anak-anak yang lusuh dan kumal "bak kapal pecah dan berantakan".
  4. Lelaki suka dilayani seperti raja oleh isterinya yang memiliki sifat keibuan. Dia suka isterinya mengelap peluhnya, menyediakan keperluan untuk mandi, dan berdiri ketika ia hendak pergi dan kembali.
  5. Lelaki suka dipuji. Jangan lupa hargai setiap barang pemberiannya meskipun tidak bagus atau tidak seberapa nilainya.
  6. Lelaki akan bosan jika isterinya melulu menagih janji. Mau makan apa, hendak kemana, dan lain-lain.
  7. Ada sebagaian lelaki mengatakan, "Isteri yang menghidangkan makanan tanpa menemaninya makan adalah memberi makan kucing." Anda mesti menemaninya meskipun satu suapan. Thabit Al-Banani berkata, "Terdapat seorang wanita dari Bani Israil yang buta sebelah matanya dan sangat baik pekertinya terhadap suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegangnya pelita sampai suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu. Lalu diambil rambutnya untuk dijadikan sumbu. Esok harinya matanya kemballi melihat. Allah memuliakannya karena rasa hormatnya pada suami."
  8. Lelaki senang dengan kefasihan isterinya dalam berkata, bijak dalam bertindak, dan menjadi partner dalam diskusi. Dia tidak suka terhadap wanita yang banyak omong tetapi tak bermakna.
  9. Kebanyakan lelaki beranggapan "Baiti Jannati". Rumahku adalah surgaku dan penenang pikiranku. Jadi wajar jika Anda memelihara suasana rumah dan berperan sebagai bidadari rumah.
  10. Kalau Anda menginginkan agar suami berlama-lama di rumah, maka jangan menyambutnya dengan masalah anak dan dapur.
  11. Suami (mayoritas) suka kepada istri yang kreatif dalam soal memasak, menghias rumah, dan mengurus dirinya dalam melayani suami.
  12. Tempat tidur adalah rahasia suami isteri. Jadikan dia kamar yang eksklusif dan pribadi. Suami tidak suka ruang tidurnya dimasuki orang tanpa izinnya.
  13. Pantang bagi suami kalau sedang tidur diganggu. Hal ini akan membuatnya marah. Jauhkan anak-anak darinya ketika dia tidur.
  14. Pantang bagi suami kalau isteri menolak hajatnya kecuali jika isterinya sedang sakit. "Apabila suami memanggilnya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga suaminya marah, maka wanita itu tidur dalam laknat malaikat hingga pagi hari." (HR. Muttafaqun 'Alaihi).
  15. Hanya ketaqwaan Anda yang dapat menguasai ego suami dan membantunya membentuk pribadi muslim yang tangguh serta menjadi suami ideal. Lelaki tidak mudah dengan ucapan cinta, tetapi cukup dengan keluhuran Anda dalam berkorban untuk taat dan menyayangi dirirnya, karena lelaki hanya keras pikirannya tetapi sensitif perasaannya.

Tuesday, November 9, 2010

Luahan Rasa

Indah khabar dari rupe.. Indah rupe dari rase.. Indah rase dari cinte.. Indah cinte dari sengsare... Pokoknye hati kite bagaimane...?? Apakah benar cinte hanye sementare.. Apakah benar cinte semuanye duste... Apakah benar cinte hanye sandiwara cume... Apakah benar cinte hanye mainan jiwe belake.. Apakah benar cinte hanye impian dan imiginasi minda seketike.. Fikir.. Renung.. Tenung dan Jiwai... Kemane kite... Ape hala tuju kite dalam kehidupan...Ape yang ingin kite kejar dalam impian...Ape matlamat kite untuk terus cemerlang dan bahagia bersame insan yang kite sayang????
     Aku pernah merasa cinte.. Cinte lebih dari segalenye.. Cinte mengatasi keperluan.. Dan aku sanggup buat ape saje demi die yang aku cinte.. Tatkala cinte di nodai... Hati aku kecewa.. Kecewa lebih dari leburnye nasi menjadi bubur.. Kecewa mengatasi bukit yang roboh dek hujan yang mencurah.. Kecewa yang tiade penghujung untuk menemui bahagia abadi.. Tatkala cube mereka bahagia.. Aku kecundang.. Aku cube ubt luke.. Aku cube mengubah segala.. Tapi kecewa dan luke masih tak terubat.. Apakah mase tentukan segalanye???? Apakah aku perlu bersabar???? Untuk ape aku setia.. Tatkala kesetianku menjadi pertaruhan.. Cintaku dikhianati??? Hatiku dirobek???? Itukah cinta yang dicari???? Cinta untuk dikongsi... Cinta untuk bahagia.. Bukan menangisi kelukaan yang sedia ada...
     Aku pernah mengecewakan.. Tapi apakah aku juga perlu kecewa????? Inikah balasan yang patut ku terima..???? Apakah perlu aku merane???? Insan lain ceria suke... Sedangkan aku bagai meniti ditepian... Menunggu ombak memecah pantai.. menenggelamkan diri di perairan.. Menunggu insan mengutip dan menyimpan.. Sama ada kengangan atau mungkin di buang... Apakah takdir menyebelahi ku????
    Aku tak kenal erti sayang.. Aku tak kenal erti cinta... Malah aku tak kenal erti memerlukan.. Mengapa??? Kerana sayang memusnahkan hati dan perasaan.. Kerana cinte aku dikhianati dalam diam.. Walaupun telah memaafkan tapi hati terluke apakah kan terubat???? Hancur lebur hatiku.. Tatkala semua itu berlaku... Benar, cinta ini masih berbaki untuknya..
     Walaupun pengkhianatan itu 'kantoi' sendiri tanpa ku pinta.. Kerana aku yakin tuhan pasti membantu insan yang benar-benar jujur dan setia dalam hubungan.. Tetapi apakah semua ini takkan terulang????? "Sejarah mungkin berulang".. Lagu ini pernah top dahulu kala.. Sejarah pastikan berulang.. Malaysia pastikan berpecah andai ade musuh dalam selimut.. Andai ade racun dalam kelompok.. dan sejarah kan pasti berulang.. Andai diri sendiri merelakan semua itu berlaku.. Aku?????
     Aku tau aku tak sempurna.. Aku tau aku punye banyak kekurangan.. Aku tau aku tak kuat dan tak tabah. dan aku tau.. Andai dia bukan untuk ku... Die akan pergi sebelum aku pinta... Aku tau semua itu.. Kalaulah semua ini tak terjadi... Kalau lah pengkhianatan tak berlaku dalam cinta  kami. Kalaulah tiada insan ketiga yang mencube nasib dalam hubungan ini.. Semua ini takkan terjadi.. Semua ini masih indah.. Masih sayang dan masih cinta... Kalaulah dari dulu sama-sama menjaga hubungan.. Kalaulah dari dulu sama-sama pertahankan... Semua ini takkan menjadi satu sejarah.. Dan sejarah pasti takkan berulang.. Sejarah pasti takkan menjadi kenangan pahit dalam kehidupan..
     Aku kecewa dengan diri sendiri... Aku merana kerana diri sendiri.. Aku terluke kerane diri sendiri.. Mengapa aku dilahirkan andai semua ini terjadi padaku???? Apakah aku perlu salahkan takdir dengan apa yang berlaku??? Apakah aku perlu salahkan ibu bapa ku kerana melahir dan membesarkan aku??? Apakah aku perlu salahkan tuhan kerana meniupkan roh padaku???? Ya ALLAH... Apakah dosa ibu bapaku sehingga ini nasib diri ku??? Andai kekecewaan dan kelukaan ini belum sembuh.. Aku redha dia pergi dariku... Aku rela menyendiri... Aku terima tiap apa yang jadi pada diriku.. Biarlah aku sendiri merawat jerih pedih ini sendiri.. Biarlah masa dan kesibukan melenyapkan luke yang kian parah.. Selagi aku bersamanya.. Mungkin aku kan tetap terluke.. Tiap kali ku memandangnye.. Aku melihat kelukaanku bersamanya... Aku tak sanggup hidup dalam keterlukaan.. Hidup ini payah untuk aku teruskan. Orang disekeliling penuh dengan gelak tawa.. Tapi aku hidup dalam sendu yang tiada noktah...
     Aku lemah.. Aku tersungkur.. Aku jatuh.. Biarlah aku sendiri yang bangun.. Mencari tempat untuk berteduh, bernafas, dan biarlah aku sendiri yang mencari dahan untuk berpaut.. Ya ALLAH.. Kurniakan lah aku ketabahan.. Kekuatan... dalam mengharungi dunia ini... Aku tak mampu lagi... AKu tak sanggup lagi... Aku benar-benar kalah dalam perjuangan hidup ini... Ya Rabbi..

Monday, November 8, 2010

76 TIPS MEMIKAT HATI ISTERI....

“1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya
4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.
8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. 16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya. 21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’.
27. Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.
28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
30. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.
31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
32. Basuhkan kereta yang dipakainya.
33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima’ jika itu yang dia suka.
34. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya. 36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima’.
37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai. 39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
42. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya. 45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
46. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.
49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
51. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
52. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti ‘Awak nampaknya gembira hari ini’ atau ‘Awak nampak letih’ dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
54. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
55. Solat bersama dan berdoa bersama.
56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
63. Bila dia memasak, pujilah masakannya.
64. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan ‘Betul kata awak’. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
71. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya. 73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
75. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.”

Friday, October 1, 2010

Sikap Yang Patut, Wajib, Dan Diharuskan Untuk Berubah.. Aku dan Wanita...


1. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri.  Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita.  Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.  Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata, "Kalau berani awak cubalah cari perempuan lain!".  Dr Fadhilah kata "JANGAN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata".

2. Cabul
Cabul ini bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanitaitu langsung tidak malu.  Misalnya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa menghiraukan batas pergaulan.  Juga perkataan dan kata-kata isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua

3. Celupar
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.  Celupar lebih kurang cabul juga.  Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

4. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.  Tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka.  Ini membuatkan lelaki akan merasa diri mereka tidak dipercayai.  Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan.  Sikit-sikit dok telefon suami kat tempat kerja.  Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam.  Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan

5. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.  Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.  Suami tidak suka apabila isteri cerewet tak bertempat.  Contohnya kalau suami bawa makan kat luar, isteri nak tempat yang class-class.  Restoran yang ade penghawa dingin aje..

6. Comot
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot.  Comot ini sama ada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya.  Contohnya, isteri bila nak keluar baru nak bersolek dan comel tetapi bila kat rumah comot.  Suami pula di tempatk kerja asyik nampak yang comel-comel je.. Ada isteri kata mekap untuk suami, tapi rumah tak praktikkan pun.

7. Cincai
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai, serba serbi sume cincai.. Dr. Fadhillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak.  Anak dah masuk longkang pun mak dok ngangkang tengok tv cita cinta dan sayang.. 

8. Cuai
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.  Misalnya apabila suami menetapkan kelaur jam 3 petang tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas.  Ini akan membuatkan mereka benci akan situasi begini.  

9. Sikap
Lelaki paling benci bila sikap tak pernah berubah.. Terutama sikap yang kurang disenangi.  Contohnya, bile ditegur suka tarik muka.. Bila minta berubah, masih takde tindak balas untuk berubah.. Bila cakap dikata tak sayang.. Bila tegur nak melenting.. Suka mengungkit perkara silam dan perkara-perkara remeh yang tak perlu dipanjangkan.  Suka cari kesalahan suami dan minta suami pula meminta maaf, tak matang dalam fikiran, tindak tanduk dan kata-kata yang keluar dari bibir. Malah terlalu ramah dengan lelaki tidak kira muda atau tua.. Tidak kenal batas pergaulan yang disyariatkan.. Jangan sampai lelaki hilang sabar, baru kite nak menangisi segalanya.. Masa tu dah terlambat tuk buat semua tu.. Jika nak hubungan kekal.. Jagalah segalanya agar semua kan berjalan tanpa kecurangan.. Setia dibalas dengan setia, jujur juga dibalas dengan jujur.. Andai ada dusta antara hubungan yang terbina.. Pasti keruh hingga ke muara.

Semua ini hanyalah renungan dan sebagai pembimbing.. Tidak menuduh dan tidak mengatakan yang ini benar.. Tetapi anda lebih kenali diri.. Dan anda lebih tahu dimata letak nya anda dalam 9 di atas.. Semoga aku lebih baik dari sebelumnya dan semoga hubungan kekal dunia akhirat hendaknya.. 

Wednesday, August 18, 2010

Menyesallllllll!!!!!!

Aku rasa menyesal sangat.. Dapat seseorang yang sebelum ni benar-benar aku hargai.. Malah aku sayangkan dy... Tapi ape yang dy buat kat aku??? Kalau suatu bende lama.. Diungkit.. Ia adalah perkara baru.. Kalau taknak cakap n taknak aku tau.. Tak payah nk timbulkan.. Sengaja nak cari masalah.. Bile dah timbul masalah.. Langsung nak putus kawan.. Elok sangat la tu.. Ade ke aku heran???? Aku sendiri kalau gadoh ngan orang.. Takdenye sampai nak putus sahabat.. Layan macam bese je.. Ni sampai nak putus kawan.. Kalau kawan takde sampai nak tikam belakangla.. Sibuk nak jaga hati orang lain.. Sedangkan hati yang sorang terusik dan terkilan. Ade ke kau kisah??? Kawan jenis ape ko ni??? Aku yang dikata lawan ko??? Tang mana yang dikatakan lawan?? Ade aku buang ko??? Ade aku sisihkan ko??? Nak jadi bini orang ke macam ni??? Ermmm kalau aku tau dari awal... Aku takkan jalankan persahabatan ini.. Tapi takdir TUHAN sape yang tau.. Takpelah.. Kalau ko rasa ko di pihak yang betul. Teruskan la dengan wayang ko.. Suare n muke je nak harapkan lembut tapi hati keras macam batu.. Blah la wei... Kalau aku hilang kawan macam ko. Aku tak rugi apa-apa malah lebeh bek takde dari ade.. Selama ko ad pun bile susah n teringat aku je ko hubungi aku.. The rest ko anggap aku ni sampah je.. So nothing to do with me.. It start from you... N it end because of you.. Putus selamanya dan putus la doa selamanya.. Aku harap aku sentiasa bahagia.. dan hatiku tetap tenang walau hakikatnya sengketa ini mungkin kan tetap diteruskan kerana hanya kau yang mampu memulihkan keadaan.. HIPOKRIT!!!!

Tuesday, August 17, 2010

Ketawa dan Airmata

Ketawa dan airmata
Itu sebenarnya cinta..
Kalau kau sudi
Pasti ku rasa
Begitu sebaliknya
Ku senang engkau cemburu
Itu tanda kau sayangi ku
Kalau kau takut
Kehilanganku
Begitu juga aku.

Ku juga suka bila kau curiga
Ia mengajarku erti setia
Apapun sikapmu aku terima
Asalkan ada kebaikan

Walaupun sering kau kutinggalkan
Itu tiada bermakna
Kau kuabaikan
Memang sesekali sikapmu
Membuat aku jemu
Hingga kau takku pedulikan
Untuk menyedarkan
Belum pernah ada cinta
Didalam kehidupan manusia
Sepanjang masa bahagia
Tanpa airmata

16 Ogos 2010

Hanya kerana orang yang tidak pernah dikenali.. Hanya setakat kenalan fb.. Dy membuangku.. Memutuskan persahabatan yang diikat sejak darjah 4, malah lebih mengutamakan hati kawan yang hanya kenalan fb.. Atau mungkin mereka saling berhubung... Dan merasakan akulah punca segalanya... Kenapa aku??? Aku yang rampas??? Aku yang melukakan... Aku yang menimbulkan??? " Selama ni, aku tak tau perempuan yang dimaksudkan, tapi sekarang aku dah tau, rupenye kau..." Andai kau ditempatku.. Apa buah fikiran mu.. Orang lain juga kan tetap fikir apa yang ku fikirkan.. Apa kene mengena dengan aku.. Kenapa dengan aku??? Kalaupun cerita dah lapuk ditelan zaman... Kenapa mesti timbulkannya kini??? Di saat aku hampir mengecap bahagia, kau cuba olah sengketa??? Dimana silapnya aku menjadi sahabatmu...? Apa baiknya dia dariku??? Rupakah yang kau pandang untuk menjadi sahabat sejatimu??? Hinakah aku kerana rupa dan sifatku.. Kau takkan faham apa yang aku rasa.. Kerana kau tak pernah meletakkan dirimu ditempat ku kini.. Hanya aku sahaja yang tahu dan tak perlu untuk aku menceritakan segala buruk baik kepada mu.. Kau hanyalah kenangan dan kan kuhapuskan ia lenyap dari hati, fikiran dan diriku.. Aku tidak kan lupe.. FB,A.....T....lina..Punca pertelingkahan berlaku.. Kau hanya fikirkan sebelah pihak, sedangkan sebelah lagi kau endahkan??? Sahabat atau musuh??? Penilaian hanya kau sendiri yang tentukan.. Tuhan masih ada untuk menentukan segalanya.. Aku hanya menunggu saatnya tiba.. Terima kasih atas segalanya...

aKu rEdHa

Cinta...
Tatkala ia hadir...
Kita bagaikan raja...
Dibuai mimpi yang indah...
Dipupuk dengan belaian kasih...
Ditatang bagai minyak yang penuh...
Dilayan bagaikan puteri...
Diasuh bagaikan pemaisuri...
Dijaga bagai bidadari...
Dimanja lebih dari diri sendiri...

Tatkala ia hilang...
Kita bagai tiada arah dan tujuan...
Tenggelam dengan alam sendiri...
Seolah hidup tidak bererti...
Seolah diri mati sendiri...
Seolah tiada yang mengasihi...
Seolah diri tidak bertuhan...

Cinta...
Bagaimana ia datang dan pergi...
Adakah bagai hembusan angin di lautan...
Atau angin halilintar...
Yang datang bergelora...
Akibatnya padah yang tiba...
Ataukah ia datang tanpa disedari...
Dibuai angin sepoi bahasa...
Meniup lembut di telinga...
Lalu terus melekat di hati...
Menjadi bingkisan cinta abadi...

Hadirnya cinta tanpa di paksa...
Perginya cinta dengan rela...
Andai cinta.. kekallah ia bersama...
Andai tiada, biarlah ia pergi untuk selamanya...
Kebahagiaan pasti milik kita...

Monday, August 9, 2010

RAHSIA TULISAN



Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada syaratnya. Alah, bukannya susah. Tapi tulisan yang hendak di’baca’ itu mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja.

Tulisan berubah-ubah

Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

Kecondongan tulisan

Tegak
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

Condong ke kanan
Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

Condong ke kiri

Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

Saiz tulisan

Besar
Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.


Kecil
Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.

Semakin lama semakin besar

Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.

Semakin kecil

Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!

Bentuk tulisan

Lebar
Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

Tulisan kurus

Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.


Tulisan bersegi empat
Otak matematik rupanya dia ni.


Tulisan bulat

Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

Bersambung

Pemikirannya berdasarkan logik.


Bercerai cerai

Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!


Jarak tulisan


Tulisan jauh

Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.


Tulisan rapat

Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.


Ruangan di tepi


Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :

Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.
Ruang muka surat sebelah kiri kecil – Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!


Ruang muka surat kanan kecil – Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.


Penuh satu muka surat – Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak idea bernas yang boleh dikongsi bersamanya.



RAHSIA BULAN KELAHIRAN WANITA

Bulan Januari


Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial , cukup cemburu yg sangat tinggi.

Bulan Februari

Berfikiran abstrak , sukakan benda yang reality dan abstrak, inteligent, bijak dan genius, berpesonaliti yg mudah berubah , mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri , jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong , mudah memberontak apabila dikongkong , suka kegiatan yg lasak , emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya , tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan, utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamerkan emosi

Bulan Mac

Berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudahsimpati , sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alampersekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.

Bulan April

Sangat aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah emosi cepat terusik try control the emotion kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada sgt cemburu dan terlalu cemburu

Bulan Mei


Kekerasan hati & degil , kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan suka sastera,seni & muzik serta melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros *** Ambil perhatian kerana ini bulan kelahiranku.. Ermmmm, ad sikit terkena pada diri***

Bulan Jun

Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik berperangai yg lemah lembut mudah berubah sikap,perangai idea @mood idea yg terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif otaknya aktif (sentiasa berfikir) sukar melakukan sesuatu dgn segera bersikap suka menangguh-nangguh bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik cepat marah &cepat sejuk suka bercakap & berdebat suka buat lawak & bergurau otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan org yg sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah kena selsema suka berkemas cepat rasa bosan sikap terlalu memilih & cerewet kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif , kedegilan yg tidak terkawal , sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

Bulan Julai

Sangat seronok didamping , Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan , Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain , Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya , Berjiwa sentimental , jarang berdendam , mudah memaafkan tapi sukar melupakan , tidak suka benda remeh-temeh , membimbing cara fizikal dan mental , sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati , pemerhatian yg tajam , suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar , suka muhasabah diri , suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri , suka duduk dirumah , suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa , lemah dari segi kesihatan , perut mudah gemuk , tak kawal diet , minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja

Bulan Ogos

Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain , terlalu pemurah & bersikap ego , nilai harga diri yg sangat tinggi , dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa , cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari , suka memimpin & dipimpin , sifat suka berangan , berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit , belajar utk relax , sikap kelam kabut , romantik ,pengasih,penyayang , suka mencari kawan

Bulan September

Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat,teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur, kerja yg dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui org yg banyak berfikir , daya pentakulan yg baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan,hiburan & melancong , kurang menunjukan perasaan terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan , sukakan benda yg luas, bersistematik

Bulan Oktober

Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah , pentingkan diri sendiri , tidak menolong org kecuali diminta , suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandaibercakap, emosi yg kelam kabut , daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar , org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran , mudah patah semangat

Bulan November

Banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam , daya firasat yg sgt halus dan tinggi , bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak Diusahakan sehingga berjaya , taksuka marah kecuali digugat , mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri , cara berfikir lain dari org lain , otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri , tidak hargai pujian , kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

Bulan Disember

Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, Seronok didampingi, Suka bercampur dgn org, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah , Perangai yg berubah-ubah , Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan , Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.

Nukilan Hati

Seringkali hati ini mudah terguris...
Entah apa yang merasuk diri..
Sehingga terkadang merasa diri ini tidak layak bersama...
Sedang tahu keadaan tidak pernah memaksa
Sama ada untuk meneruskan atau meninggalkan, terpulang pada diri kita
Tapi sehingga kini, ia masih di zon selesa
Walau hati merintih dan meratap
Inginkan suatu jawapan yang pasti..
Inginkan suatu keadaan yang benar-benar bererti
Inginkan suatu suasana yang sentiasa berseri
Tapi hanya sebuah mimpi..

Mungkin TUHAN tidak mahu
Seakan tidak redha, andai segalanya lengkap di sisi
Kerana DIA lebih tahu, andai kita lengkap, kita kan lupa
Memohon dan meminta, meratap dan mengadu kepada NYA
Dan suatu masa, kita hanyut dibuai dunia...

YA ALLAH...
Andai ini takdir untuk ku,
Aku pasrah dan redha dengan ketentuanMU
Andai ini ujian untukku..
Aku mohon kekuatan dan keberkatanMU
Tetapkan hatiku dengan ISLAMMU..
Andai ujian ini makin lama makin tebal...
Ku mohon agar dosa yang lalu diampunkan...
Ku mohon agar suatu masa bahagia kan tiba
Walau tidak ku pasti
Apakah yang menanti
Dihadapanku kelak..
Syurga Atau Neraka..

by : Shasha Moktar

Sunday, August 8, 2010

06082010(1645)


Dulu usia tidak mematangkan fikiran...
Dulu perkacapan tidak membuahkan makna...
Dulu bahasa tidak menjadi perbalahan...
Dulu hati tidak getar mendengar segala rintihan..
Dulu perasaan keras untuk disentuh..
Dulu tidak bijak dalam perbualan dan budi bicara...
Dulu bersifat kebudak-budakkan dan mentah dalam segala..

Tapi kini aku sedar...
Tapi kini aku mengaku...
Hati ini mudah tersentuh.. 
Hati ini mudah terasa...
Sedikit sikap kan menjadi satu permusuhan...

Andai dapat ku putarkan masa...
Akan ku buktikan segalanya.. 
Akan ku pertahankan dia...
Akan ku simpan segala rahsia..
Akan ku lipat agar tiada siapa yang tahu tentang dia...
Akan ku pastikan dia tetap dia...

Sayang...
Ia hanya tinggal kenangan...
Akan ku cuba kini untuk pastikan...
Segalanya lengkap untuk mu... 
Walaupun mungkin satu masa nanti tiada yang lengkap untuk mu...
Kan ku pastikan kau senang dengan ku...
Sebelum hayatmu tamat disini...
Aku akan tetap bersama mu... 
Tiada yang dapat menghalangku dari mempertahankanmu..
Doaku agar kita tetap tabah sehingga ke akhir hayat kita...

Nukilan... Shasha Moktar untuk "Hanya Aku Yang Tahu"

Monday, August 2, 2010

sPaghETti CaRBoNaRa (My FaVoUriTe)


Spaghetti Carbonara is one of the most popular Italian pasta dishes. This version combines cream, eggs, cheese and bacon.

The traditional Italian version omits the cream, but most people in the states are accustomed to having a bit of cream in their carbonara, so we're happy to oblige.

Prep Time: 10 minutes

Cook Time: 30 minutes

Total Time: 40 minutes

Ingredients:

  • 1 lb spaghetti
  • ¼ cup heavy cream/milk
  • 4 eggs
  • ½ lb bacon, cut into ½-inch dice
  • 1 tsp extra virgin olive oil/cook oil
  • 2 Tbsp chopped Italian parsley(no need if don't have it)
  • Kosher salt and freshly ground black pepper, to taste
  • ¾ cup freshly grated pecorino-romano cheese (parmesan may be substituted)/chesdale

Preparation:

  1. Fill a large soup pot with cold water and add a handful or so of Kosher salt. Stir and taste; it should taste like seawater. Cover the pot and heat the water until it boils.
  2. Add the diced bacon to a cold sauté pan and cook slowly over a low heat for 10 to 15 minutes or until crisp. Remove bacon from pan and drain on paper towels.
  3. Drop the spaghetti into the boiling salted water and cook according to package instructions, about 6 to 9 minutes or until al dente, or tender but still firm to the bite.
  4. While the pasta cooks, combine the eggs, cheese, cream and olive oil in a bowl until completely mixed.
  5. Drain pasta, toss with the egg and cream mixture, then add the cooked bacon and chopped parsley. Serve right away, with additional grated cheese if desired

Wednesday, July 28, 2010

Selimutkan Ku Dengan Asmaramu

Serahkan Cintaku Padamu
Hanya Itu Yang Kutahu
Biar Seribu Tahun Kau Jauh Di Mata
Relaku Menanti Dengan Setia
Engkau Pertama Dan Engkau Terakhir Ku Cintai..

Selimutkan Jiwa Ini Dengan Asmaramu
Mestikah Balasan Kesetiaanku
Usah Lupa Mengirim Khabar Gembira
Tandaku Masih Lagi Engkau Rindui
Sebagai Rasa Dan Pengikat Cinta Sebenar-Benarnya..

Waktu Perbalahan Menjelang
Berbagai Kenangan Menjelma
Mengusik-Ngusikku
Teguhkah Cintamu...

Akukah Seorang Kesepian
Menahan Bisa Berjauhan
Hingga Saat Ini Dengan Janji Manismu
Dan Tenggelam Dalam Pelukan Hangat Kerinduan
Namun Ditemani Kamar Yang Gelita
Luruhnya Hatiku Kau Mudah Berpaling
Meninggalkan Diriku..

Sekira Kau Tahu Dan Engkau Pun tahu
Betapa Hebatnya Menanti Tintamu
Yang Dapat Lenakan Siang Dan Malamku
Jiwaku Kan Terisi Ketenangan....

Monday, July 26, 2010

A StoRy N LesSon

HanYa UntUk PanDaNgaN Dan MunGkiN PenDaPaT :

Apa pendapat u all, kalau suatu waktu, korang jumpa kakak kepada bekas makwe or pakwe korang??? Ape yang korang buat.. Ermm.. Mcm ni, aku ritu gi jenjalan kan pasar malam.. ahaks.. Pastu terserempak ngn kakak ex pakwe aku... mase tu aku mcm tergamam kejap.. cm tak tau nk gi mana.. sebab aku terdengar nama ex pakwe aku disebut... Aku jadi cm gelabah sey... Padahal aku tak kenal pun ngn dy, pakwe aku yg kenal ex dy tu.. tapi aku lak yg cm gelabah.. aku langsung lari kat tempat lain... Sume org yg tgk aku cm marah kat aku, dan mmg marah la.. sebab aku cam tak suke kt kakak ex pkwe aku tu.. aku bukan tak suke, aku cm terkedu kejap.. tkde orang plak yang tarik aku mse tu.. aku bawa diri la.. nth lah.. aku tau mungkin aku yang salah.... Mcm menampakkan yang aku tak suke.. tu pada pandangan orang.. tapi aku, pada diri aku, aku masa tu mcm terkedu, seolah-olah nampak ex dy ms jmpe kakak dy dulu.. ermmm tobat aku tkmoh wt cmtu.. dont judge me by your first sight see me kay.. aku nk jadi kawan ngn sume orang... tapi malam tu, nth la pe kene ngn aku nth, mungkin sebab ad orang mention nama ex makwe tu pada aku... Tu yang aku leh terbayang muke ex makwe dy mse aku jmpe kakak dy.. Sape yang ad pada malam tu, aku minta maaf la banyak-banyak.. Aku sendiri pun tak tau nk wtpe ms tu.. Next time tak wat dah.. Hopefully never happen again in my life!!!!!

Sunday, July 4, 2010

BeNgAnG SiYoTtTt!!!!!!


5 JulAi 2010

WeEk 3 without u.... ChOIII

Aku nk cite sikit.. Adalah hamba ALLAH yang maha hebat tu.. sebab dy diva kan... Perli aku takde kat tempat masa ofis hour... ermmm sedangkan aku ade kat tingkat atas.. Fon nombor takde.. nape tak cari orang lain selain aku.. bukan aku sorang je y jage n ade kt level 20 ni.. org len pun ade.. takde initiatif langsung..!!! Pastu nak perli-perli orang plak.. Macam la dy tu bagus sangat.. Kalau bagus, aku tabik ar.. Tapi so far dy la yang mengajor jg gitu.. Kalau aku ni pandai back up takpe la gak.. Takpe.. Ko jangan ingat ko slamat ar.. Nanti one day.. Ramai yang akan cari kesalahan ko.. Sebab memang betul kata Kak ...... ..... yang hamba ALLAH tu talam dua muka.. Depan baik.. Blakang kutuk.. Erm.. Tapi dy cakap lagi.. Ramai benornye yang talam dua muka.. Biar la aku ngn dy je yang tau spe hamba ALLAH tu.. Sebab aku pun tak sangka dalam baik n diam dy, rupenye dy pun dua kali lima talam dua muka depan aku.. Ermm dunia-dunia... Takpe.. Ko senang skang.. Sok ko akan jatuh gak.. Masa tu aku tak gelak.. Tapi aku kesian, jatuh tertimpa taik.. 3 Insan yang talam dua muka depan kami.. Yang lain aku tak tau la.. Tunggu!!!!!!

Eh.. Lom habis lagi la.. ermmm aku skg otw nk mintak pindah sebab aku suka pindah.. hahahha.... Tapi skang hati aku kuat mengatakan aku patut pindah sebab aku tak tahan ar... heheheh.. bontot panas ar... lame-lame duk tempat yang sama.. Sapa surrender kata aku jahat.. Pindahkan la aku.. Aku alu-alukan orang yang suka kata aku tak wat keje.. Suke cari pasal n tak suke tengok muke aku kt sini.. PEgi ar cakap ngn pengarah, kata aku tak buat keje, takde kat tmpt mse ofis hour.. Untung2 pengarah tukarkan aku kt mn2, janji aku kuar dari sini.. Huuuuyaaaaaaa... Im waiting.. Kepada mulut yang jahat!!!!!

Sunday, June 6, 2010

Rahsia Mengenal Wanita Dari Cara Berjalan



1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Rahsia Dahi dan Personaliti Wanita

“Hai..pantang tengok yang berdahi licin sikit. Mulalah nak ‘test power!’” Tentu kamu cukup ‘familiar’ dengan kata-kata seperti di atas tu ? Selalunya orang mengaitkan ‘dahi licin’ dengan perempuan yang cantik dan menawan. Itu sekadar ungkapan saja kan? Bercakap soal dahi ini,tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri kamu! Bahayakan..Jadi lain kali sesiapa yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah ‘cover’kannyer sikit.Kalau tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku kamu walau pun baru pertama kali bersua. Kalau kamu nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi kamu tu hah… cubalah baca artikel ini hingga habis.Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syaratnya. Kenal pasti dulu bentuk dahi kamu tu! Tak susah kan? Siapa cakap susah?
Dahi Jendol
Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak ‘buruk’ rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!
Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak ’sempit’! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!
Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.
Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.
Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu ‘membuka’bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu ’satu dunia tahu’,bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!
Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman – teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!


Tips Doa Untuk Kekasih

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.





Wednesday, May 19, 2010

What Is Your Opinion????

20 Mei 2010...

Today's topic is...."Berkahwin dengan pasangan yang hampir sebaya dengan kita....????"

Actually, when i decide to engage with someone that i love, ramai yang tak setuju, dan membangkang... ( tak termasuk family, sebab family setuju dengan pilihan asalkan bukan dari desakan atau paksaan sesiapa).  Erm dyorang cakap kalau kite pilih pasangan yang hampir sebaya, sebarang kemungkinan akan berlaku, termasuklah ditinggalkan, diceraikan, dan macam2 lagi...
Dyorang cakap kalau nak pilih pasangan, biarlah yang berusia, dah kukuh ekonomi, dah ada macam2, duit dah banyak, poket dah tebal, kite lak masuk rumah 'cuci kaki je'.  Sebab sume bende dah disediakan oleh sang suami..
FYI , before i decide to choose him, sha dah jmpe rmi orang untuk mintak pendapat sebab sha sendiri pun taknak salah pilih dalam hidup sha... Sha bagi masa untuk diri sha dalam memikirkan masa depan sha.. Mungkin bagi setengah orang sha masih muda.. Itu kata orang.. Sebab dyorg sendiri tak rasa apa yang sha rasa.. Biarlah ia menjadi sebahagian dalam hidup sha.. Apa yang sha nak kongsi kat sini, bukan pandangan orang yang harus dititik beratkan tetapi hati kita... Macam mana kita nak lalui sesuatu... Orang beri pandangan berdasarkan pengalaman dyorang, tapi dyorg tak tau pengalaman sendiri mcm mn pulak..
Ok...
Cuba kaji tapi dalam diam la... Ahaks....
Yang membangkang kita dalam kategori mana???? (janda, ank dara, atau andartu????) Dyorg ni dalam kategori kecewa dan kadang2 terfikir juga mungkin dyorg da kecewa dengan lelaki, sebab dyorg ade pengalaman kawin dengan org sebaya hanya mendatangkan keburukan sebab duit tak bnyak(susah nak beli n mintak macam2, ha orang ni jenis demand, so jangan ikut). Atau dyorang kategori ibu, besenya dyorang akan datang tengok sendiri, and jarang membangkang sebab dyorg tau mcm mn ank dyorg... Hahahaha.. Diringkaskan.. nak pilih pasangan ni bukan mudah, tapi ikut sha, dah pilih, buat solat sunat istikarah, amalkan tolak ansur, jangan terlalu demand sebab lelaki tak suke cmtu.. ermm jangan la terlampau manja dan jangan terlampau matured, be profesional, that's the i am... Ala kalau gaduh tu normal la.. hehehehe.
Apa pun... kalau ada komen tentang topic ni... tolong la bagi ye... mybe yours better than mine.. chaiyyokkk

Monday, May 17, 2010

HanYa UntUk ReNunGan DaN AmAlaN DuNIa SeJaGaT!!!!






Sedikit Renungan dicelah kesibukan kita setiap hari

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan   dan jin, dikatakan: "Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid", "Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran", "Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad", "Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh."

"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA , sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".

"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis. "Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!". "Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka,"

Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".

"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong." "Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."

"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja".. "Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah."

"Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan". "Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini."

"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya"

"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid". "Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".

"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan". "Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

"Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"

"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala".

"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar". "Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga"

"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."

"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan"

"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK ." "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.

"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah." "Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah)."

PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL." "RENCANA YANG BAGUS ." Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURU-HURA". "Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta."

"Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya". Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???"

"ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!"