Wednesday, August 18, 2010

Menyesallllllll!!!!!!

Aku rasa menyesal sangat.. Dapat seseorang yang sebelum ni benar-benar aku hargai.. Malah aku sayangkan dy... Tapi ape yang dy buat kat aku??? Kalau suatu bende lama.. Diungkit.. Ia adalah perkara baru.. Kalau taknak cakap n taknak aku tau.. Tak payah nk timbulkan.. Sengaja nak cari masalah.. Bile dah timbul masalah.. Langsung nak putus kawan.. Elok sangat la tu.. Ade ke aku heran???? Aku sendiri kalau gadoh ngan orang.. Takdenye sampai nak putus sahabat.. Layan macam bese je.. Ni sampai nak putus kawan.. Kalau kawan takde sampai nak tikam belakangla.. Sibuk nak jaga hati orang lain.. Sedangkan hati yang sorang terusik dan terkilan. Ade ke kau kisah??? Kawan jenis ape ko ni??? Aku yang dikata lawan ko??? Tang mana yang dikatakan lawan?? Ade aku buang ko??? Ade aku sisihkan ko??? Nak jadi bini orang ke macam ni??? Ermmm kalau aku tau dari awal... Aku takkan jalankan persahabatan ini.. Tapi takdir TUHAN sape yang tau.. Takpelah.. Kalau ko rasa ko di pihak yang betul. Teruskan la dengan wayang ko.. Suare n muke je nak harapkan lembut tapi hati keras macam batu.. Blah la wei... Kalau aku hilang kawan macam ko. Aku tak rugi apa-apa malah lebeh bek takde dari ade.. Selama ko ad pun bile susah n teringat aku je ko hubungi aku.. The rest ko anggap aku ni sampah je.. So nothing to do with me.. It start from you... N it end because of you.. Putus selamanya dan putus la doa selamanya.. Aku harap aku sentiasa bahagia.. dan hatiku tetap tenang walau hakikatnya sengketa ini mungkin kan tetap diteruskan kerana hanya kau yang mampu memulihkan keadaan.. HIPOKRIT!!!!

Tuesday, August 17, 2010

Ketawa dan Airmata

Ketawa dan airmata
Itu sebenarnya cinta..
Kalau kau sudi
Pasti ku rasa
Begitu sebaliknya
Ku senang engkau cemburu
Itu tanda kau sayangi ku
Kalau kau takut
Kehilanganku
Begitu juga aku.

Ku juga suka bila kau curiga
Ia mengajarku erti setia
Apapun sikapmu aku terima
Asalkan ada kebaikan

Walaupun sering kau kutinggalkan
Itu tiada bermakna
Kau kuabaikan
Memang sesekali sikapmu
Membuat aku jemu
Hingga kau takku pedulikan
Untuk menyedarkan
Belum pernah ada cinta
Didalam kehidupan manusia
Sepanjang masa bahagia
Tanpa airmata

16 Ogos 2010

Hanya kerana orang yang tidak pernah dikenali.. Hanya setakat kenalan fb.. Dy membuangku.. Memutuskan persahabatan yang diikat sejak darjah 4, malah lebih mengutamakan hati kawan yang hanya kenalan fb.. Atau mungkin mereka saling berhubung... Dan merasakan akulah punca segalanya... Kenapa aku??? Aku yang rampas??? Aku yang melukakan... Aku yang menimbulkan??? " Selama ni, aku tak tau perempuan yang dimaksudkan, tapi sekarang aku dah tau, rupenye kau..." Andai kau ditempatku.. Apa buah fikiran mu.. Orang lain juga kan tetap fikir apa yang ku fikirkan.. Apa kene mengena dengan aku.. Kenapa dengan aku??? Kalaupun cerita dah lapuk ditelan zaman... Kenapa mesti timbulkannya kini??? Di saat aku hampir mengecap bahagia, kau cuba olah sengketa??? Dimana silapnya aku menjadi sahabatmu...? Apa baiknya dia dariku??? Rupakah yang kau pandang untuk menjadi sahabat sejatimu??? Hinakah aku kerana rupa dan sifatku.. Kau takkan faham apa yang aku rasa.. Kerana kau tak pernah meletakkan dirimu ditempat ku kini.. Hanya aku sahaja yang tahu dan tak perlu untuk aku menceritakan segala buruk baik kepada mu.. Kau hanyalah kenangan dan kan kuhapuskan ia lenyap dari hati, fikiran dan diriku.. Aku tidak kan lupe.. FB,A.....T....lina..Punca pertelingkahan berlaku.. Kau hanya fikirkan sebelah pihak, sedangkan sebelah lagi kau endahkan??? Sahabat atau musuh??? Penilaian hanya kau sendiri yang tentukan.. Tuhan masih ada untuk menentukan segalanya.. Aku hanya menunggu saatnya tiba.. Terima kasih atas segalanya...

aKu rEdHa

Cinta...
Tatkala ia hadir...
Kita bagaikan raja...
Dibuai mimpi yang indah...
Dipupuk dengan belaian kasih...
Ditatang bagai minyak yang penuh...
Dilayan bagaikan puteri...
Diasuh bagaikan pemaisuri...
Dijaga bagai bidadari...
Dimanja lebih dari diri sendiri...

Tatkala ia hilang...
Kita bagai tiada arah dan tujuan...
Tenggelam dengan alam sendiri...
Seolah hidup tidak bererti...
Seolah diri mati sendiri...
Seolah tiada yang mengasihi...
Seolah diri tidak bertuhan...

Cinta...
Bagaimana ia datang dan pergi...
Adakah bagai hembusan angin di lautan...
Atau angin halilintar...
Yang datang bergelora...
Akibatnya padah yang tiba...
Ataukah ia datang tanpa disedari...
Dibuai angin sepoi bahasa...
Meniup lembut di telinga...
Lalu terus melekat di hati...
Menjadi bingkisan cinta abadi...

Hadirnya cinta tanpa di paksa...
Perginya cinta dengan rela...
Andai cinta.. kekallah ia bersama...
Andai tiada, biarlah ia pergi untuk selamanya...
Kebahagiaan pasti milik kita...

Monday, August 9, 2010

RAHSIA TULISAN



Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada syaratnya. Alah, bukannya susah. Tapi tulisan yang hendak di’baca’ itu mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja.

Tulisan berubah-ubah

Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

Kecondongan tulisan

Tegak
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

Condong ke kanan
Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

Condong ke kiri

Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

Saiz tulisan

Besar
Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.


Kecil
Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.

Semakin lama semakin besar

Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.

Semakin kecil

Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!

Bentuk tulisan

Lebar
Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

Tulisan kurus

Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.


Tulisan bersegi empat
Otak matematik rupanya dia ni.


Tulisan bulat

Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

Bersambung

Pemikirannya berdasarkan logik.


Bercerai cerai

Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!


Jarak tulisan


Tulisan jauh

Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.


Tulisan rapat

Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.


Ruangan di tepi


Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :

Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.
Ruang muka surat sebelah kiri kecil – Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!


Ruang muka surat kanan kecil – Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.


Penuh satu muka surat – Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak idea bernas yang boleh dikongsi bersamanya.



RAHSIA BULAN KELAHIRAN WANITA

Bulan Januari


Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial , cukup cemburu yg sangat tinggi.

Bulan Februari

Berfikiran abstrak , sukakan benda yang reality dan abstrak, inteligent, bijak dan genius, berpesonaliti yg mudah berubah , mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri , jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong , mudah memberontak apabila dikongkong , suka kegiatan yg lasak , emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya , tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan, utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamerkan emosi

Bulan Mac

Berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudahsimpati , sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alampersekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.

Bulan April

Sangat aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah emosi cepat terusik try control the emotion kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada sgt cemburu dan terlalu cemburu

Bulan Mei


Kekerasan hati & degil , kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan suka sastera,seni & muzik serta melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros *** Ambil perhatian kerana ini bulan kelahiranku.. Ermmmm, ad sikit terkena pada diri***

Bulan Jun

Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik berperangai yg lemah lembut mudah berubah sikap,perangai idea @mood idea yg terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif otaknya aktif (sentiasa berfikir) sukar melakukan sesuatu dgn segera bersikap suka menangguh-nangguh bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik cepat marah &cepat sejuk suka bercakap & berdebat suka buat lawak & bergurau otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan org yg sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah kena selsema suka berkemas cepat rasa bosan sikap terlalu memilih & cerewet kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif , kedegilan yg tidak terkawal , sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

Bulan Julai

Sangat seronok didamping , Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan , Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain , Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya , Berjiwa sentimental , jarang berdendam , mudah memaafkan tapi sukar melupakan , tidak suka benda remeh-temeh , membimbing cara fizikal dan mental , sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati , pemerhatian yg tajam , suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar , suka muhasabah diri , suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri , suka duduk dirumah , suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa , lemah dari segi kesihatan , perut mudah gemuk , tak kawal diet , minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja

Bulan Ogos

Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain , terlalu pemurah & bersikap ego , nilai harga diri yg sangat tinggi , dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa , cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari , suka memimpin & dipimpin , sifat suka berangan , berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit , belajar utk relax , sikap kelam kabut , romantik ,pengasih,penyayang , suka mencari kawan

Bulan September

Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat,teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur, kerja yg dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui org yg banyak berfikir , daya pentakulan yg baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan,hiburan & melancong , kurang menunjukan perasaan terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan , sukakan benda yg luas, bersistematik

Bulan Oktober

Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah , pentingkan diri sendiri , tidak menolong org kecuali diminta , suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandaibercakap, emosi yg kelam kabut , daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar , org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran , mudah patah semangat

Bulan November

Banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam , daya firasat yg sgt halus dan tinggi , bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak Diusahakan sehingga berjaya , taksuka marah kecuali digugat , mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri , cara berfikir lain dari org lain , otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri , tidak hargai pujian , kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

Bulan Disember

Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, Seronok didampingi, Suka bercampur dgn org, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah , Perangai yg berubah-ubah , Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan , Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.

Nukilan Hati

Seringkali hati ini mudah terguris...
Entah apa yang merasuk diri..
Sehingga terkadang merasa diri ini tidak layak bersama...
Sedang tahu keadaan tidak pernah memaksa
Sama ada untuk meneruskan atau meninggalkan, terpulang pada diri kita
Tapi sehingga kini, ia masih di zon selesa
Walau hati merintih dan meratap
Inginkan suatu jawapan yang pasti..
Inginkan suatu keadaan yang benar-benar bererti
Inginkan suatu suasana yang sentiasa berseri
Tapi hanya sebuah mimpi..

Mungkin TUHAN tidak mahu
Seakan tidak redha, andai segalanya lengkap di sisi
Kerana DIA lebih tahu, andai kita lengkap, kita kan lupa
Memohon dan meminta, meratap dan mengadu kepada NYA
Dan suatu masa, kita hanyut dibuai dunia...

YA ALLAH...
Andai ini takdir untuk ku,
Aku pasrah dan redha dengan ketentuanMU
Andai ini ujian untukku..
Aku mohon kekuatan dan keberkatanMU
Tetapkan hatiku dengan ISLAMMU..
Andai ujian ini makin lama makin tebal...
Ku mohon agar dosa yang lalu diampunkan...
Ku mohon agar suatu masa bahagia kan tiba
Walau tidak ku pasti
Apakah yang menanti
Dihadapanku kelak..
Syurga Atau Neraka..

by : Shasha Moktar

Sunday, August 8, 2010

06082010(1645)


Dulu usia tidak mematangkan fikiran...
Dulu perkacapan tidak membuahkan makna...
Dulu bahasa tidak menjadi perbalahan...
Dulu hati tidak getar mendengar segala rintihan..
Dulu perasaan keras untuk disentuh..
Dulu tidak bijak dalam perbualan dan budi bicara...
Dulu bersifat kebudak-budakkan dan mentah dalam segala..

Tapi kini aku sedar...
Tapi kini aku mengaku...
Hati ini mudah tersentuh.. 
Hati ini mudah terasa...
Sedikit sikap kan menjadi satu permusuhan...

Andai dapat ku putarkan masa...
Akan ku buktikan segalanya.. 
Akan ku pertahankan dia...
Akan ku simpan segala rahsia..
Akan ku lipat agar tiada siapa yang tahu tentang dia...
Akan ku pastikan dia tetap dia...

Sayang...
Ia hanya tinggal kenangan...
Akan ku cuba kini untuk pastikan...
Segalanya lengkap untuk mu... 
Walaupun mungkin satu masa nanti tiada yang lengkap untuk mu...
Kan ku pastikan kau senang dengan ku...
Sebelum hayatmu tamat disini...
Aku akan tetap bersama mu... 
Tiada yang dapat menghalangku dari mempertahankanmu..
Doaku agar kita tetap tabah sehingga ke akhir hayat kita...

Nukilan... Shasha Moktar untuk "Hanya Aku Yang Tahu"

Monday, August 2, 2010

sPaghETti CaRBoNaRa (My FaVoUriTe)


Spaghetti Carbonara is one of the most popular Italian pasta dishes. This version combines cream, eggs, cheese and bacon.

The traditional Italian version omits the cream, but most people in the states are accustomed to having a bit of cream in their carbonara, so we're happy to oblige.

Prep Time: 10 minutes

Cook Time: 30 minutes

Total Time: 40 minutes

Ingredients:

  • 1 lb spaghetti
  • ¼ cup heavy cream/milk
  • 4 eggs
  • ½ lb bacon, cut into ½-inch dice
  • 1 tsp extra virgin olive oil/cook oil
  • 2 Tbsp chopped Italian parsley(no need if don't have it)
  • Kosher salt and freshly ground black pepper, to taste
  • ¾ cup freshly grated pecorino-romano cheese (parmesan may be substituted)/chesdale

Preparation:

  1. Fill a large soup pot with cold water and add a handful or so of Kosher salt. Stir and taste; it should taste like seawater. Cover the pot and heat the water until it boils.
  2. Add the diced bacon to a cold sauté pan and cook slowly over a low heat for 10 to 15 minutes or until crisp. Remove bacon from pan and drain on paper towels.
  3. Drop the spaghetti into the boiling salted water and cook according to package instructions, about 6 to 9 minutes or until al dente, or tender but still firm to the bite.
  4. While the pasta cooks, combine the eggs, cheese, cream and olive oil in a bowl until completely mixed.
  5. Drain pasta, toss with the egg and cream mixture, then add the cooked bacon and chopped parsley. Serve right away, with additional grated cheese if desired