Monday, August 9, 2010

Nukilan Hati

Seringkali hati ini mudah terguris...
Entah apa yang merasuk diri..
Sehingga terkadang merasa diri ini tidak layak bersama...
Sedang tahu keadaan tidak pernah memaksa
Sama ada untuk meneruskan atau meninggalkan, terpulang pada diri kita
Tapi sehingga kini, ia masih di zon selesa
Walau hati merintih dan meratap
Inginkan suatu jawapan yang pasti..
Inginkan suatu keadaan yang benar-benar bererti
Inginkan suatu suasana yang sentiasa berseri
Tapi hanya sebuah mimpi..

Mungkin TUHAN tidak mahu
Seakan tidak redha, andai segalanya lengkap di sisi
Kerana DIA lebih tahu, andai kita lengkap, kita kan lupa
Memohon dan meminta, meratap dan mengadu kepada NYA
Dan suatu masa, kita hanyut dibuai dunia...

YA ALLAH...
Andai ini takdir untuk ku,
Aku pasrah dan redha dengan ketentuanMU
Andai ini ujian untukku..
Aku mohon kekuatan dan keberkatanMU
Tetapkan hatiku dengan ISLAMMU..
Andai ujian ini makin lama makin tebal...
Ku mohon agar dosa yang lalu diampunkan...
Ku mohon agar suatu masa bahagia kan tiba
Walau tidak ku pasti
Apakah yang menanti
Dihadapanku kelak..
Syurga Atau Neraka..

by : Shasha Moktar

1 comment:

  1. Suatu Waktu Yang Pasti, TUHAN Akan Memberi Ganjagaran Yang Setimpal.. Berbaloi Dengan Apa Yang Kau Hadapkan Kini.. Bersabarlah...

    ReplyDelete

Kalau Nak Komen Pun Dialu-alukan.. Mungkin Buah Fikiran Anda Lebih Bagus Dariku.. Apa pun terima kasih diucapkan...