Friday, May 4, 2012

Terlerai Sudah Segalanya....

Tatkala orang sedang sibuk menjalankan upacara perkahwinan, majlis dan segala persiapan.... Dikala masing-masing sedang menyelami rasa cinta bersama pasangan... Disaat pasangan yang telah berkahwin menyemai cinta membina ikatan mengukuhkan sayang...
Aku terduduk dan terdiam.. Suami yang kuharapkan menjadi pelindung dan tempat berkasih sayang... Rupanya adalah racun berbisa di sebalik kelembutan yang selama ini terpamer di wajah semasa bercinta..
Pertolongan, kebaikan, pengorbanan dan segala yang dilakukan selama ini lenyap tanpa ada budi bicara dan sayang berbaki di hati...
Aku cuba untuk memperbaiki, tetapi egonya lebih tinggi melangit.. Malah ibu bapa pula ditentang tanpa sebarang kata dua di benak...
Apakah ini disebabkan oleh orang ketiga????? Aku terima andai bukan jodohku dengannya kerana  hati ini benar-benar terkilan, hancur, lebur, terluka dan hanya ALLAH yang tahu apa yang aku rasa... Apalah dayaku... Telah kucuba menasihati ayah, kaunseling, malangnya aku pula yang mendapat hukumannya... Akukah punca segala???? Andai benar, biarlah dia pergi dengan wanita yang dicintai... Lagipun aku benar-benar kecewa dengannya dan biar sahaja aku yang tahu.. Apa yang berlaku disebalik semua ini.. Keluarga dan ALLAH jualah pendorong semangat tatkala aku benar-benar hampir tersungkur hanya disebabkan dugaan datang tanpa aku fikir ia benar-benar terjadi... Oh tuhan, kuatkanlah hati ini... Hanya kepadamu aku berserah kerana sesungguhnya kau sahaja yang tahu apa yang tersirat dan tersurat untuk ku...