Wednesday, May 19, 2010

What Is Your Opinion????

20 Mei 2010...

Today's topic is...."Berkahwin dengan pasangan yang hampir sebaya dengan kita....????"

Actually, when i decide to engage with someone that i love, ramai yang tak setuju, dan membangkang... ( tak termasuk family, sebab family setuju dengan pilihan asalkan bukan dari desakan atau paksaan sesiapa).  Erm dyorang cakap kalau kite pilih pasangan yang hampir sebaya, sebarang kemungkinan akan berlaku, termasuklah ditinggalkan, diceraikan, dan macam2 lagi...
Dyorang cakap kalau nak pilih pasangan, biarlah yang berusia, dah kukuh ekonomi, dah ada macam2, duit dah banyak, poket dah tebal, kite lak masuk rumah 'cuci kaki je'.  Sebab sume bende dah disediakan oleh sang suami..
FYI , before i decide to choose him, sha dah jmpe rmi orang untuk mintak pendapat sebab sha sendiri pun taknak salah pilih dalam hidup sha... Sha bagi masa untuk diri sha dalam memikirkan masa depan sha.. Mungkin bagi setengah orang sha masih muda.. Itu kata orang.. Sebab dyorg sendiri tak rasa apa yang sha rasa.. Biarlah ia menjadi sebahagian dalam hidup sha.. Apa yang sha nak kongsi kat sini, bukan pandangan orang yang harus dititik beratkan tetapi hati kita... Macam mana kita nak lalui sesuatu... Orang beri pandangan berdasarkan pengalaman dyorang, tapi dyorg tak tau pengalaman sendiri mcm mn pulak..
Ok...
Cuba kaji tapi dalam diam la... Ahaks....
Yang membangkang kita dalam kategori mana???? (janda, ank dara, atau andartu????) Dyorg ni dalam kategori kecewa dan kadang2 terfikir juga mungkin dyorg da kecewa dengan lelaki, sebab dyorg ade pengalaman kawin dengan org sebaya hanya mendatangkan keburukan sebab duit tak bnyak(susah nak beli n mintak macam2, ha orang ni jenis demand, so jangan ikut). Atau dyorang kategori ibu, besenya dyorang akan datang tengok sendiri, and jarang membangkang sebab dyorg tau mcm mn ank dyorg... Hahahaha.. Diringkaskan.. nak pilih pasangan ni bukan mudah, tapi ikut sha, dah pilih, buat solat sunat istikarah, amalkan tolak ansur, jangan terlalu demand sebab lelaki tak suke cmtu.. ermm jangan la terlampau manja dan jangan terlampau matured, be profesional, that's the i am... Ala kalau gaduh tu normal la.. hehehehe.
Apa pun... kalau ada komen tentang topic ni... tolong la bagi ye... mybe yours better than mine.. chaiyyokkk

Monday, May 17, 2010

HanYa UntUk ReNunGan DaN AmAlaN DuNIa SeJaGaT!!!!






Sedikit Renungan dicelah kesibukan kita setiap hari

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan   dan jin, dikatakan: "Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid", "Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran", "Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad", "Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh."

"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA , sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".

"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis. "Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!". "Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka,"

Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".

"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong." "Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."

"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja".. "Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah."

"Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan". "Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini."

"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya"

"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid". "Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".

"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan". "Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

"Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"

"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala".

"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar". "Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga"

"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."

"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan"

"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK ." "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.

"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah." "Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah)."

PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL." "RENCANA YANG BAGUS ." Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURU-HURA". "Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta."

"Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya". Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???"

"ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!"

Sunday, May 16, 2010

Ermmm......

17 Mei 2010
Arggghhhh... Ari ni ade la rasa sikit cam nak marah, nak nangis, nak melompat, nak macam2 lagi.. Tak tau la nape... Bercampur baur je perasaan ni.. Mungkin sebab datang bulan kot... Hahahah.. Tapi bese tak macam ni la.. Nape ari ni rasa cam tu... Cakap kat tunang pun cam nak tak nak.. Nanti tunang majuk, padan muka sha... Alahai... sejak dua menjak ni rasa macam tak sedap hati pun ade.. Takut sangat bile 'owang gile' cari kite lagi.. Yela sebab kes saman ari tu.. Gara-gara dia ugut nak bunuh and cederakan sha and bakal tunang.... (masa kejadian tu tak tunang lagi la.. 25 March 2010, masa tu kes nak amik barang yang tertinggal kat umah 'owang gile tu, masa tu sha la yang berkeras nak gi umah tu, tunang ikut je... masa tu tunang cakap dia takkan gi umah, mintak orang tu hantar kat pak guard je.. kami call orang tu... masa tu 'owang gile tu datang meluncur laju berhenti kereta dengan mengejut, and terus jerut nama kami berdua.. Peh masa tu ALLAH je yang tahu perasaan kami... 'Owang gile tu hina sha, maki sha macam-macam kata kuar, dia jual maruah sha depan tunang sha, dy buruk-burukkan sha depan tunang sha and isteri dy yang ada sama dengan dy... malah dy siap ugut tunang sha tinggalkan sha, sebab dy kata sha akan membawa kesusahan dalam hidup tunang sha.. Dy mintak duit RM 11,000.00 and dy cakap "pandai-pandai korang berdua nak cari duit macam mana, tapi yang penting pada hari rabu, 31 March 2010, aku nak duit tu dekat tangan aku, buat la pinjaman ke, along ke, yang penting dapat kat tangan aku, INGAT!!!, then dy cakap berambus, aku tak nak tengok muke ko lagi)
Masa tu sha nekad, nak jadi apa pun jadi lah, sha akan wat pe yang dy dah wat kat sha... Walau cmne pun, sebenarnya sha tak tergamak... Tapi kerana sikap dy tu buat sha rasa lebih baik buat dari tak buat.. And skang rasa takut, sebab takut dy wat benda tak bek je.. Yela dy kan lelaki, macam mana yg dia penah cite, bile seorang lelaki menyimpan dendam, macam-macam lelaki tu boleh buat, dan tak pikir halal haram lagi. Yang penting diri selamat. Sejauh mana tak tau... TUnggu dan lihat je la... Ya Allah, selamatkan la aku dan bakal suami, keluarga kedua belah pihak moga terhindar dari anasir jahat dan orang yang tidak berperikemanusiaan, hanya memikirkan kehancuran kehidupan orang lain. Amin.. 
*** p/s : Can't forget moment from my head n whole life.. Will remember coz that is bad thing in my life.. 

Thursday, May 13, 2010

AdOi....

12 Mei 2010

Hari ni, ramai sangat J17 unit CKM kene keluar dari CKM dan pindah ke Bukit Aman PDRM... Tolak tambah bahagi campur, adalah dalam 15 orang gamaknya yang kene tarik oleh PDRM.. Makin kosong la jawabnya unit CKM dari J17... Kalau ade pengganti takpe gak.. Ni langsung tak ade... Ermmmm ayahku pun tak cite pape tentang tu.. Mungkin beliau pun tak tau tentang ni.. Wa.... nape begitu sadis.. Zulakmal Ahmad Zaki, Mohd Rizal Nordin, Mohd Zulkifli Ismail.. Dyorg bertiga la dari tingkat 20 yang menjadi wakil di tarik oleh PDRM dari CKM... Erm.. Good bye geng.. Semoga dapat menjalankan tugas dengan lebih baik di tempat baru.. Seronok la tu dapat kuar dari CKM.. Nak tunggu giliran kuar pulak la... Ihik ihik ihik.. Jemput la mam sate tu.. hehehe.. tengok je la jawabnya.. Ahakzzzz

TiKa InI

1 MeI 2010..

Satu majlis telah diadakan iaitu Majlis Pertunangan Syafiqah & Amirul di No.124, Jalan CU 4, Taman Chembong Utama, 71300 Rembau. 

Actually im not quite ready for this but my family gives full support to face all this together... Then termaktublah dalam buku diariku bahawasanya Syafiqah & Amirul telah melangkah setapak untuk ke arah yang lebih baik iaitu perkahwinan.... 
Erm.. macam mimpi je waktu tu.. Ingat macam member ke yang tunang, tapi rupanya diri sendiri yang kene sarung cincin oleh emak si jejaka.. adush.. merah padam muke cek masa tu.. Tuhan je yang tahu.. 
Apapun... just doakan yang terbaik untuk kami.. Sesungguhnya kami amat mengharapkan doa kalian agar kami kekal bersatu dunia dan akhirat... Moga ini menjadi satu rahmat buat kami dan seluruh keluarga.. Chaiyok...