Sunday, May 15, 2011

150520112330BKTB'UNTG




Berterus terang... Jujur dan benar-benar tiada selindung dalam berkata-kata cukup melukakan dan menyakitkan untuk diterima dengan otak dan fikiran yang waras.. Walaupun hakikatnye segala ucapan terlontar adalah hakikat yang pasti malah bukan rekaan semata-mata untuk menyedapkan kata.. Tiada apa lagi yang dapat dipertahankan, tiada apa lagi kata-kata bangkangan, melainkan kekuatan yang dikumpul supaya kata-kata itu menjadi semangat dan pendokong tetap sentiasa mempertahankan... Suatu hari andai terbukti ia gagal.. Aku berserah kerana sesungguhnya yang datang hanya dari NYA dan yang buruk dari manusia jua... Semoga ia menjadi pendorong dan bukan penghapus kegembiraan akan datang... Andai gagal juga walau telah berusaha... Hanya doa dan redha mampu dipanjatkan.. Aku hanya aku... Dan takkan menjadi orang lain untuk membahagiakan insan lain.. Sedang aku tetap dihiris dan sentiasa berasa kecewa....  Yang pasti aku pasrah... Esok, harinya pasti ada, bahagia menanti untuk selamanya... ALLAH telah berjanji ia tetap milik kita.. Suatu hari.. Akan ku tunggu saat itu dengan izinNYA...

No comments:

Post a Comment

Kalau Nak Komen Pun Dialu-alukan.. Mungkin Buah Fikiran Anda Lebih Bagus Dariku.. Apa pun terima kasih diucapkan...