Friday, January 28, 2011

CheCk It OuT!!!

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir. - tarikh bertunang

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat. - tarikh berkahwin

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.

Selain tu, jika bulan Islam pulak hanya bulan Muharram sahaj yang dilarang dari melakukan sebarang kerja2 pernikahan sebab bulan Muharram adalah bulan kesedihan... Tapi nenek aku pun de ckp, bulan safar pun tak elok untuk mendirikan rumah tangga.. Tak ingat pulak kenapa.. Emmm musykil sudaaaaa

No comments:

Post a Comment

Kalau Nak Komen Pun Dialu-alukan.. Mungkin Buah Fikiran Anda Lebih Bagus Dariku.. Apa pun terima kasih diucapkan...